Archive for August, 2006

You just put hole in this soul…

Sunday, August 6th, 2006

A fwd from fren…to a fren…
 
Ada
seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah
paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah,
kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
  kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

 

  Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.
 
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati,
adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi
tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
  dimana pemuda tersebut
tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
 
 
  Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti
hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya
dengan bangganya.

 

  Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
  melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di
  tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi
ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.
 
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa
dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang
pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada
kita.
 
  Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda

now i realise how this heart and feeling easily touched…